IPGKPT, 8.4.2015. Program Lestari IPGKPT telah dilaksanakan dengan jayanya dengan penanaman bunga di sepanjang jalan di blok bengkel hingga ke blok pensyarah. Prorgam diketuai oleh Dr Ahamad Shahbudin yang bertungkus lumus memastikan kejayaan program ini. Sebagai simbolik, Timbalan Pengarah, Datin Hjh Normah menanam pokok bunga bagi merasmikan pelaksanaan program Lestari IPGKPT. En Mohd Shariff mewakili Ketua Jabatan RBT bagi perasmian program ini.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN.
Wednesday, April 8, 2015
Tuesday, April 7, 2015
UJIAN AMALI ASAS TEKNOLOGI BAHAN & PEMBUATAN
IPGKPT, 7.4.2015 bertempat di Bengkel Kayu, seramai 44 orang pelajar opsyen Reka Bentuk & Teknologi Semester 2 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) telah melaksanakan ujian amali bagi kursus Asas Teknologi Bahan & Pembuatan. Ujian amali ini adalah sebahagaian komponen pentaksiran yang diwajibkan kepada pelajar.
Friday, February 13, 2015
PROJEK KOMUNITI PISMP RBT SEMESTER 5
PUTRAJAYA 13.2.2015: Pelajar RBT Semester 5 telah melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) bertempat di SK Purtajaya Persint 9(2). Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Berperstasi Tinggi (SBT) di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara program yang dijalankan adalah sesi bertukar-tukar maklumat terkini berkaitan pendidikan masa kini diantara pihak sekolah dan IPGKPT. Penyelaras program ini adalah Dr Sharifah Kamaliah & dibantu oleh pelajar Semester 5 PISMP RBT. Ketua Jabatan RBT mengucapkan tahniah diatas kejayaan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)