Wednesday, April 8, 2015

LESTARI IPGKPT

IPGKPT, 8.4.2015. Program Lestari IPGKPT telah dilaksanakan dengan jayanya dengan penanaman bunga di sepanjang jalan di blok bengkel hingga ke blok pensyarah. Prorgam diketuai oleh Dr Ahamad Shahbudin yang bertungkus lumus memastikan kejayaan program ini. Sebagai simbolik, Timbalan Pengarah, Datin Hjh Normah menanam pokok bunga bagi merasmikan pelaksanaan program Lestari IPGKPT. En Mohd Shariff mewakili Ketua Jabatan RBT bagi perasmian program ini.

Tuesday, April 7, 2015

UJIAN AMALI ASAS TEKNOLOGI BAHAN & PEMBUATAN


IPGKPT, 7.4.2015 bertempat di Bengkel Kayu, seramai 44 orang pelajar opsyen Reka Bentuk & Teknologi Semester 2 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) telah melaksanakan ujian amali bagi kursus Asas Teknologi Bahan & Pembuatan. Ujian amali ini adalah sebahagaian komponen pentaksiran yang diwajibkan kepada pelajar.

Friday, February 13, 2015

PROJEK KOMUNITI PISMP RBT SEMESTER 5

PUTRAJAYA 13.2.2015: Pelajar RBT Semester 5 telah melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) bertempat di SK Purtajaya Persint 9(2). Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Berperstasi Tinggi (SBT) di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara program yang dijalankan adalah sesi bertukar-tukar maklumat terkini berkaitan pendidikan masa kini diantara pihak sekolah dan IPGKPT. Penyelaras program ini adalah Dr Sharifah Kamaliah & dibantu oleh pelajar Semester 5 PISMP RBT. Ketua Jabatan RBT mengucapkan tahniah diatas kejayaan program ini

Thursday, October 9, 2014

LAWATAN MQA AUDIT PEMATUHAN

IPGKPT,Bandar Enstek,N.Sembilan: 8 hingga 9.10.2014 telah berlangsung Audit Pematuhan dari MQA. Audit Pematuhan ini bertujuan untuk mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Perguruan opyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Semua pensyarah Jabatan RBT terlibat sepanjang pengauditan berlangsung. Beberapa orang pelajar RBT dari setiap semester juga terpilih untuk proses temuduga semasa pengauditan dijalankan. Proses pengauditan dijalankan oleh pegawai MQA dan pensyarah pakar dari IPTA.

Wednesday, October 8, 2014

UJIAN AMALI REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD)


IPGKPT, Bandar Enstek,N.Sembilan: Pada 7-8.10.2014, bertempat di makmal CADD,  ujian amali bagi kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (AutoCAD) telah berlangsung dengan jayanya. Pelajar semester 8 opysen RBT seramai 60 orang telah terlibat dalam ujian amali ini. Penilai luar dari IPG Kampus Hussein Onn, Batu Pahat, En Ahmad Safarin telah membuat penilaian, moderasi dan verifikasi sepanjang ujian amali dijalankan. En Anuar, pegawai bahagian penilaian dan pentaksiran IPGM, Cyberjaya juga hadir untuk memantau ujian amali ini. 

Tuesday, October 7, 2014

MESYUARAT JABATAN RBT KALI KE 6

IPGKPT, Bandar Enstek, N.Sembilan: pada 7.10.2014, mesyuarat Jabatan RBT kali ke 6 telah dijalankan di bilik Resos Jabt RBT. Ketua Jabatan RBT, Pn Hjh Asma Muda telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara agenda ialah: i. Persediaan MQA pematuhan, ii. Persedian Ujian Amali, iii. Perbincangan Aktiviti Tahun 2015. Disamping itu juga Pn Haliza Hamzah, Setiausaha Akademik IPGKPT telah hadir bagi memberi penerangan berkaitan proses MQA pematuhan. 

Tuesday, August 12, 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG GARDENIA


SHAH ALAM, SELANGOR: Pada 12.8.2014, pelajar-pelajar Semester 1 RBT PISMP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang Gardenia, Shah Alam, Selangor. Seramai 19 orang pelajar bersama En Muharam Gaya selaku pensyarah pengiring terlibat dalam lawatan tersebut. Tujuan utama lawatan adalah untuk menberi pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah gambaran sebenar berkenaan perancangan dan proses pembuatan di sesebuah industri. Sepanjang lawatan tersebut, mereka telah diberi taklimat berkenaan kilang Gardenia dan berpeluang melihat bagaimana proses pembuatan bahan berasaskan tepung yang dihasilkan. Disamping itu juga mereka didedahkan dengan produk yang pelbagai yang dicipta melalui inovasi. Ketua jabatan mengucapkan tahniah atas lawatan tersebut.