Thursday, October 9, 2014

LAWATAN MQA AUDIT PEMATUHAN

IPGKPT,Bandar Enstek,N.Sembilan: 8 hingga 9.10.2014 telah berlangsung Audit Pematuhan dari MQA. Audit Pematuhan ini bertujuan untuk mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Perguruan opyen Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Semua pensyarah Jabatan RBT terlibat sepanjang pengauditan berlangsung. Beberapa orang pelajar RBT dari setiap semester juga terpilih untuk proses temuduga semasa pengauditan dijalankan. Proses pengauditan dijalankan oleh pegawai MQA dan pensyarah pakar dari IPTA.

Wednesday, October 8, 2014

UJIAN AMALI REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD)


IPGKPT, Bandar Enstek,N.Sembilan: Pada 7-8.10.2014, bertempat di makmal CADD,  ujian amali bagi kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (AutoCAD) telah berlangsung dengan jayanya. Pelajar semester 8 opysen RBT seramai 60 orang telah terlibat dalam ujian amali ini. Penilai luar dari IPG Kampus Hussein Onn, Batu Pahat, En Ahmad Safarin telah membuat penilaian, moderasi dan verifikasi sepanjang ujian amali dijalankan. En Anuar, pegawai bahagian penilaian dan pentaksiran IPGM, Cyberjaya juga hadir untuk memantau ujian amali ini. 

Tuesday, October 7, 2014

MESYUARAT JABATAN RBT KALI KE 6

IPGKPT, Bandar Enstek, N.Sembilan: pada 7.10.2014, mesyuarat Jabatan RBT kali ke 6 telah dijalankan di bilik Resos Jabt RBT. Ketua Jabatan RBT, Pn Hjh Asma Muda telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara agenda ialah: i. Persediaan MQA pematuhan, ii. Persedian Ujian Amali, iii. Perbincangan Aktiviti Tahun 2015. Disamping itu juga Pn Haliza Hamzah, Setiausaha Akademik IPGKPT telah hadir bagi memberi penerangan berkaitan proses MQA pematuhan.